Akaun myderma1.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Waqaf Untuk Anak Anak Bakal Tahfiz Muda di Sriti Al - Ayubi Beaufort




Allah Ta’ala berfirman:


إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ


“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)




Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam ( SRITI AL AYUBI ) terletak di Beaufort, Sabah adalah sekolah rendah islam yang pertama di dirikan daerah Beaufort.



SRITI merupakan lanjutan daripada Pusat Asuhan Tunas Islam. Kukirulum yang ada di Sriti Al Ayubi ini merangkumi silibus integrasi yang mengabungkan ALIRAN PERDANA, AGAMA Dan TAHFIZ (HAFAL AL QURAN)



Namun bergitu, Sriti Al Ayubi ini bukan lah seperti sekolah rendah tahfiz yang lain yang ramai pelajar dan banyak kemudahan. Pelajar di sini adalah sangat terhad dek kerana kekurangan tenaga mengajar dan kemudahan untuk beri sedikit keselesaan kepada anak - anak bakal tahfiz yang kurang berkemampuan ini.



Sriti Al - Ayubi juga sangat mengharapkan kemurahan hati daripada orang ramai yang bermurah hati untuk beri sumbangan atau waqaf untuk kelangsungan Sriti Al Ayubi ini.



Kami boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai bagi meneruskan usaha baik bagi bantu mendidik anak - anak islam yang kurang berkemampuan di daerah Beaufort, Sabah ini. Dari segi bagunanan sekolah tahfiz sehingga la kerusi meja semuanya adalah ihsan jasa baik penduduk setempat yang membantu bagi membangunkan Sriti Al - Ayubi untuk anak anak bakal tahfiz ini.


Ps : Ini adalah ruangan dan kelas Sriti Al - Ayubi yang serba kurang untuk pelajar - pelajar di sini. Tekan sini untuk follow fb pages dan mengetahui update terkini tentang Sriti Al - Ayubi  https://bit.ly/sritialayubi




Oleh itu sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kami memohon bantuan jasa baik daripada anda untuk sama - sama beri sumbangan untuk waqaf atas peralatan yang pelajar - pelajar sangat memerlukannya bagi beri keselesaan kepada mereka. 



"Sedekah paling utama adalah di bulan Ramadan"_ 

(HR Termizi)



Nabi saw juga sangat suka bersedeqah dan sedeqahnya luar dari biasa seperti angin yang bertiup kencang bila masuknya bulan RAMADHAN. Ini kerana pahalanya Allah sendiri yang akan membalas



Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman: "Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu milik Aku (Allah) dan akulah yang akan membalasnya.” (hadith riwayat al-Bukhari,Muslim)





Berapa yang diperlukan ?


Ini adalah perkara Sriti Al Ayubi perlukan untuk pelajar yang tuan/puan boleh berikan sumbangan.

Kami dalam usaha untuk mendapatkan sumbangan dana sebanyak RM 50K untuk membeli peralatan seperti di bawah untuk anak anak tahfiz dan guru.





Oleh sedemikian,  di bulan Ramadhan Al Karem ini kami sangat perlukan kemurahan hati dan bantuan daripada tuan/puan. Kami di Sriti Al Ayubi berharap tuan/puanbersama - sama kami ada SAHAM AKHIRAT untuk dibawa di alam sana kelak dengan bangunkan dan bantu pelajar - pelajar ini kerana setiap duit yang di sedeqahkan / waqaf kan pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita dah tiada di dunia. Boleh jadi sebagai pembela kita di alam kubur dan akhirat.




 Bagaimana nak salurkan sumbangan / waqaf untuk Sriti Al - Ayubi ini ?


Kami sediakan slot-slot khas beri sumbangan / waqaf dan tuan / puan boleh pilih mana - mana slot seperti dibawah...



➡ Sumbangan Sriti RM 1000 

➡ Sumbangan Sriti RM 500 

➡ Sumbangan Sriti RM 100 

➡ Sumbangan Sriti RM 50 

➡ Sumbangan Sriti RM 30


In sha allah bagi mencukupi dana 50k bagi kemudahan pelajar bakal tahfiz di Sriti Al - Ayubi.




Atau sekiranya nak derma berapa-berapa seikhlas hati pun tak apa kami sudi menerimanya janji anda dapat sekali SAHAM AKHIRAT asbab usaha bantu anak - anak kurang berkemampuan untuk mendalami ilmu.





Tuan / Puan boleh beri sumbangan dengan mengisi lengkap borang dibawah.


Kaedah pembayaran sumbangan/waqaf boleh pilih sama ada secara Perbankan Internet/ Mesin ATM atau Perbankan Dalam Talian (Toyyibpay)


P/S : 1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran yang kami gunakan bagi memudahkan sumbangan secara dalam talian. Sumbangan tuan / puan tetap Sriti Al - Ayubi terima.



         Untuk sumbangan secara manual / transfer / CDM boleh bank ini ke akaun dibawah.


Maybank

Sriti Kawasan Beaufort

560278012953


( Sekiranya anda menggunakan online transfer mohon jasa baik tulis " Sriti atau Sriti Al Ayubi " ye di bahagian Reference Details/Payment Details.)




Kami disini Sriti Al Ayubi anak anak pelajar Sriti mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan / puan  yang sudi menghulurkan bantuan. Pasti terukir senyuman manis di wajah pelajar - pelajar itu nanti.




Kami mendoakan juga supaya tuan / puan diluaskan rezeki, diberi rezeki yang tak disangka - sangka, diberi kesihatan berpanjangan dalam ketaatan kepada NYA, diberi jalan keluar daripada kesempitan hidup, dipermudahkan urusan serta semoga Allah swt sentiasa memberkati hidup.



Yang paling penting semoga kita sama gandakan amalan baik didalam bulan Ramadan ini kerana 1 amalan baik bersamaan 1 pahala ibadah wajib di bulan lain dan digandakan oleh Allah swt 70 kali ganda bagi yang bersedeqah.






Sekiranya tuan / puan ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengerusi Sriti Al - Ayubi Saudara Ukashah B Zubir di talian :

+600168136870


Atau boleh menekan butang Whatsapp ( button warna hijau ) disebelah kanan bawah tersebut.